Salam,
Hari ni nak tulis dalam Bahasa Melayu la pulak.Banyak sangat nak cerita.Ok. Disebabkan oleh permintaan sahabat saya yang sorang tu untuk tulis pasal Kuantan ni, saya cerita lah sikit.Sebenarnya, hari ni dah masuk hari kedua mula kelas kat sini. Masa mula-mula datang, ayah terus bawak pergi jenguk sikit Kulliyyah of Science (KOS). First impression, lawanya. Biasala bangunan baru. Hari Jumaat lepas, setelah menghadapi segala ujian tilawah dan fardhu 'ain, kami bebudak sains kena la pergi KOS sebab kami kena ambil jadual and course outline. Biasala student baru,sesat itu sudah semestinya. Tapi alhamdulillah jumpa gak.Kitorang semua pening tengok jadual tu. Macam mana nak tau venue ni. Kenala tanya senior. Alhamdulillah, senior2 kt sini semuanya baik dan mesra belaka. Kitorang kat sini x sama macam PJ dulu. PJ dulu bolehla pergi kelas jalan kaki.huhu.Sini Mahallah dengan Kulliyah jauh. Alhamdulillah pihak UIA ada sediakan bas untuk student pergi kelas. Setiap setengah jam bas datang. Kelas mula pukul 11.30pg, kitorang kena la naik bas pukul 10.30pg. Bukan pe, takut bas terlewat sampai. Sampai kat Kulliyyah, dah sampai venue kitorang iaitu ALT3 (pening gak mula2, menda la ni, rupa2nya Lecture Theatre 3,haha).Sekarang masa dinner saya ar.Nantila cerita lain.huhu.sorry.sini boleh tempah makanan melalui SMS tapi kena pergi ambik sendiri la.huhu.sambung nanti ye.
No comments:
Post a Comment