Thursday, January 13, 2011
Perlukah Aku Menjadi Hipokrit?
Salam, sudah lama sangat blog ini x terupdate. Maaf yang bersangatan ye. Kenapa tajuk kali ni macam serius je.hehe.Bukan apa cuma nak berkongsi apa yang saya sering nampak sejak kebelakangan ni. Hipokrit.Kalau mengikut apa yang saya faham, hipokrit ni boleh disinonimkan dengan perumpamaan talam dua muka. Cuba semua pergi check ada ke talam yang satu muka ja..hehe..selingan je ye..bukan apa..ada satu ketika saya menyaksikan situasi tersebut di depan mata saya..siapa suruh saya tengok kan? bak kata adik2 saya, benda dah jadi depan mata apa lagi tengokla..lagi satu mungkin ini pengajaran daripada Allah untuk saya..ada si A ni dia berkawan dengan si B..si A ni depan si B senyum dan layan si B ni dengan sangat baik macam kawan yang dah kenal rapat sangat. Saya seronok tengok persahabatan yang begitu akrab tapi malangnya apabila si B berlalu pergi terus si A mengatakan sesuatu yang buruk mengenai si B. Apabila ditegur, si A akan memberi alasan yang dia hanya memelihara persahabatannya dengan si B oleh sebab itu dia tak menyebut keburukan si B dihadapan si B sendiri. Adakah itu satu perkara yang wajar dilakukan sebagai seorang Muslim? Apa yang saya tulis hari ni hanyalah sebagai satu perkongsian. Apabila melihat keadaan tersebut, saya berasa amat sedih dan keliru. Perlukah kita menjadi hipokrit atas alasan ingin menjaga hati dan perasaan sahabat kita? Walaupun si B mempunyai kelemahan, si A perlulah menegur si B dengan cara yang berhikmah dan berhemah. Ini bukan sahaja dapat memelihara kita dari menjadi hipokrit malah memelihara persahabatan tersebut. Saya berharap kita dapat sama2 memelihara diri kita dari perkara tersebut.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment