Thursday, March 10, 2011

Buat Baik berpada-pada, Buat Jahat jangan sekali.

Salam,
Huh..dah lama tak update..sebenarnya post kali ni xda kaitan dengan tajuk kat atas..kalau ada pun , sikit je kot..erm..semester ni ada beberapa program yang melibatkan saya sebagai komiti..antaranya Emergency and Rescue Workshop..hari sabtu ni..huhu..hari Sabtu ni juga berlangsungnya Symposium Biomedical Science di UIA Kuantan..semua universiti seluruh Malaysia ni join..jadi datanglah beramai-ramai..
Baru-baru ni, saya menghadiri Retreat 1 and Peer's Enhancement Program..Peers IIUM ni adalah satu subgroup di bawah bimbingan jabatan kaunseling UIA..ala..macam PRS kat sekolah dulu..erm..best gak Retreat tu..2 hari 1 malam..banyak talk2 yang informatif dan kami dapat beriadah di tepi pantai..sorila x dapat nak sertakan gambar..ada amik dengan phone tapi blur..haha..

Beberapa hari sebelum pergi Retreat, saya dan kakak sebilik saya pergi satu talk yang diadakan di KOM (kulliyyah of medicine)..talk ni bertajuk Hijrah Iman..kenapa hijrah iman? rasanya kalau baca tajuk pun dah tahu kot..talk ni disampaikan oleh seorang saudara baru yang dulunya beragama Kristian..beliau menceritakan pahit jerih beliau semasa beliau ingin memeluk agama Islam dan juga apa yang berlaku setelah dia menganut agama Islam..Saya sangat kagum dengan ketabahan Ustaz ni.Kalau kalian dengar talk tersebut, mesti rasa betapa bertuahnya kita dilahirkan dalam keluarga yang beragama Islam. Seperti kata ustaz, ada sesetengah orang Islam yang lahirnya sebagai seorang Muslim mengatakan agama Islam ini sampah dan menyusahkan umatnya sedangkan dia belum pernah merasai susah payah yang dialami saudara-saudara baru kita. Ada yang ditendang, dikurung, diejek dan ada juga yang dibunuh oleh keluarga mereka yang x dapat menerima hakikat bahwa anak mereka telah menjadi seorang Muslim. Ustaz sendiri menceritakan pengalamannya yang dipaksa memakan sekilo daging khinzir. Sekiranya beliau enggan, beliau dipukul hingga bengkak2. Akhirnya, beliau melarikan diri dari rumah. Beliau cuba mendapatkan perlindungan di surau dan masjid tetapi jawapan yang diterima sangat menyedihkan."Surau ni tempat untuk solat dan baca Qur'an, bukan tempat tinggal". Sedangkan, pada zaman Rasulullah, Rasulullah telah menumpangkan orang Rom untuk bermalam di masjid Nabawi walaupun mereka adalah orang kafir.Akhirnya, ustaz terpaksa tidur di kaki lima selama beberapa bulan.

Saya terpaksa berhenti disini..lain kali ada bahan saya tulis lagi ya..renung2kan dan selamat beramal(hint untuk next post..InsyaAllah).Wassalam.