Monday, February 20, 2012

Belia yang Celaru Identiti?

"Ah..beratnya rasa nak pergi esok! Kenapalah aku tulis nama hari tu?". Itulah keluhanku pada malam itu. Beberapa hari yang lalu, satu poster diedar di dalam kelas. Seminar Kecelaruan Identiti Belia. Perhatianku tertumpu ke poster itu untuk seketika. Apabila kubaca tajuk seminar itu,aku kurang faham dam merasa kurang berminat. Namun apabila difikirkan hujung minggu itu aku tidak mempunyai komitmen lain apa salahnya kuisi masaku dengan sesuatu yang dapat menambah pengetahuanku.
    Malam sebelum program tersebut, aku mulai goyah. "Nak pergi ke tak? Macam malas lah pulak?".Keesokkan paginya aku terlewat bangun itupun setelah dikejutkan rakan sebilikku. Aku terasa seperti ingin membatalkan rancanganku untuk pergi ke program tersebut. Kemudian, aku teringat akan rakanku yang merancang untuk pergi bersamaku ke program itu. Aku menghantar pesanan ringkas kepadanya supaya dia pergi dahulu kerana aku sudah terlewat bangun. Namun, sahabatku itu berkeras untuk menungguku. Program bermula pada pukul 8 pagi. Setelah aku siap dan kami berangkat untuk pergi, jam sudahpun menunjukkan pukul 8.30 pagi. Memandangkan hari ini hujung minggu, kami terpaksa berjalan kaki kerana tiada bas. Kami tiba disana selepas lebih kurang 15 minit.
    Setibanya di sana,kami terlihat ramai orang sedang mendaftarkan diri. Setelah mendaftarkan diri, aku dan rakanku diberitahu bahwa program akan bermula pada pukul 9 pagi. Aku sudah biasa dengan keadaan sebegini. Aku memahami keadaan penganjur yang perlu memaklumkan waktu program yang lebih awal dari waktu sebenar kepada peserta demi kelancaran program.
    Majlis dimulakan dengan bacaan Al-Fatihah. Slot pertama dikelolai oleh En Usamah bin Izer, Ketua Biro Aktivisma Mahasiswa PEMBINA. Beliau berasal dari Sungai Petani, Kedah. Beliau menerangkan sedikit sebanyak mengenai tajuk seminar ini. Selepas rehat selama 15 minit, slot kedua iaitu Forum Penyelesaian : Terapi Identiti bermula. Antara panelnya ialah Ustaz Mohamad Fauzi bin Asmuni, Naib Presiden Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA); Prof. Dr. Badrulhisham bin Abd Aziz, Timbalan Naib Canselor Akademik dan Antarabangsa Universiti Malaysia Pahang merangkap Ahli Majlis Syura ISMA serta Ustazah Amie Sofea binti Ahmad, Juara Program Realiti Solehah TV Al-Hijrah musim pertama.
    Selepas solat Zuhur dan makan tengahari, diadakan persembahan pentomen yang menceritakan tentang seorang anak muda (Ibrahim) yang dihantar ayahnya untuk menyambung pelajaran di Amerika Syarikat. Namun, pemergiannya ke Amerika Syarikat tidak disenagi oleh bapa-bapa saudaranya dan penduduk kampung kerana mereka khuatir Ibrahim akan membawa pengaruh tidak baik dari negara Barat itu ke kampung mereka. Walaubagaimanapun, di penghujung cerita, Ibrahim berjaya menarik minat penduduk kampung dengan pandangan dan pemikirannya yang hanyalah ingin membantu memulihkan keadaan belia masa kini yang semakin rosak. Setelah itu, kami dihidangkan pula dengan persembahan sajak yang membawa maksud dan pesanan yang sangat mendalam. Ini bertujuan untuk menanamkan semangat berkobar-kobar dalam diri setiap belia untuk berjuang demi agama, bangsa dan negara. Sedang belia kita enak didendangkan lagu, belia di Syria dan Palestin bergelut dan berjuang menentang kezaliman dan ketidakadilan yang berlaku. Sedang belia kita goyang kaki tengok TV, belia di sana putus kaki mempertahan agama sendiri.
    Slot yang seterusnya adalah slot muhasabah yang bertajuk Bidadari Syurga. Aku kurang pasti apakah kaitan tajuk tersebut dengan slot itu tetapi mengikut pemikiranku mungkin slot itu diadakan bagi melahirkan insan-insan yang layak bergelar bidadari/penghuni syurga. Slot ini dikelolai oleh runner up Program Realiti Solehah TV Al-Hijrah, Ustazah Mazwani. Slot ini mengajak para peserta untuk membayangkan seandainya Rasulullah masih berada bersama kita, apakah mesej atau luahan yang kita ingin sampaikan kepada baginda. Membayangkan kehadiran baginda, meruntun hatiku. Air mata yang tertakung tidak tertahan lagi. Terasa malu. Malu yang teramat sangat. Tangan mula menulis luahan yang ingin disampaikan seandainya baginda masih ada. "Layakkah aku? Layakkah aku? untuk mengakui sebagai umatmu? umat yang dipertanggungjawabkan untuk meneruskan perjuanganmu?Perjuangan menegakkan agama Allah. Apakah sumbanganku untuk tujuan itu?"
    Slot yang terakhir adalah ucapan daripada wakil Jabatan Belia dan Sukan. Beliau berkongsi serba sedikit kata-kata perangsang dan harapan beliau. Seminar pun berakhir. Semasa berjalan pulang, aku berterima kasih kepada rakanku kerana berkeras untuk menungguku. Jika tidak, aku pasti tidak akan merasai nikmat yang kurasakan ini. Alhamdulillah kerana Allah telah memberi aku peluang untuk mengikuti program seumpama ini.


Thursday, March 10, 2011

Buat Baik berpada-pada, Buat Jahat jangan sekali.

Salam,
Huh..dah lama tak update..sebenarnya post kali ni xda kaitan dengan tajuk kat atas..kalau ada pun , sikit je kot..erm..semester ni ada beberapa program yang melibatkan saya sebagai komiti..antaranya Emergency and Rescue Workshop..hari sabtu ni..huhu..hari Sabtu ni juga berlangsungnya Symposium Biomedical Science di UIA Kuantan..semua universiti seluruh Malaysia ni join..jadi datanglah beramai-ramai..
Baru-baru ni, saya menghadiri Retreat 1 and Peer's Enhancement Program..Peers IIUM ni adalah satu subgroup di bawah bimbingan jabatan kaunseling UIA..ala..macam PRS kat sekolah dulu..erm..best gak Retreat tu..2 hari 1 malam..banyak talk2 yang informatif dan kami dapat beriadah di tepi pantai..sorila x dapat nak sertakan gambar..ada amik dengan phone tapi blur..haha..

Beberapa hari sebelum pergi Retreat, saya dan kakak sebilik saya pergi satu talk yang diadakan di KOM (kulliyyah of medicine)..talk ni bertajuk Hijrah Iman..kenapa hijrah iman? rasanya kalau baca tajuk pun dah tahu kot..talk ni disampaikan oleh seorang saudara baru yang dulunya beragama Kristian..beliau menceritakan pahit jerih beliau semasa beliau ingin memeluk agama Islam dan juga apa yang berlaku setelah dia menganut agama Islam..Saya sangat kagum dengan ketabahan Ustaz ni.Kalau kalian dengar talk tersebut, mesti rasa betapa bertuahnya kita dilahirkan dalam keluarga yang beragama Islam. Seperti kata ustaz, ada sesetengah orang Islam yang lahirnya sebagai seorang Muslim mengatakan agama Islam ini sampah dan menyusahkan umatnya sedangkan dia belum pernah merasai susah payah yang dialami saudara-saudara baru kita. Ada yang ditendang, dikurung, diejek dan ada juga yang dibunuh oleh keluarga mereka yang x dapat menerima hakikat bahwa anak mereka telah menjadi seorang Muslim. Ustaz sendiri menceritakan pengalamannya yang dipaksa memakan sekilo daging khinzir. Sekiranya beliau enggan, beliau dipukul hingga bengkak2. Akhirnya, beliau melarikan diri dari rumah. Beliau cuba mendapatkan perlindungan di surau dan masjid tetapi jawapan yang diterima sangat menyedihkan."Surau ni tempat untuk solat dan baca Qur'an, bukan tempat tinggal". Sedangkan, pada zaman Rasulullah, Rasulullah telah menumpangkan orang Rom untuk bermalam di masjid Nabawi walaupun mereka adalah orang kafir.Akhirnya, ustaz terpaksa tidur di kaki lima selama beberapa bulan.

Saya terpaksa berhenti disini..lain kali ada bahan saya tulis lagi ya..renung2kan dan selamat beramal(hint untuk next post..InsyaAllah).Wassalam.

Thursday, January 13, 2011

Perlukah Aku Menjadi Hipokrit?

Salam, sudah lama sangat blog ini x terupdate. Maaf yang bersangatan ye. Kenapa tajuk kali ni macam serius je.hehe.Bukan apa cuma nak berkongsi apa yang saya sering nampak sejak kebelakangan ni. Hipokrit.Kalau mengikut apa yang saya faham, hipokrit ni boleh disinonimkan dengan perumpamaan talam dua muka. Cuba semua pergi check ada ke talam yang satu muka ja..hehe..selingan je ye..bukan apa..ada satu ketika saya menyaksikan situasi tersebut di depan mata saya..siapa suruh saya tengok kan? bak kata adik2 saya, benda dah jadi depan mata apa lagi tengokla..lagi satu mungkin ini pengajaran daripada Allah untuk saya..ada si A ni dia berkawan dengan si B..si A ni depan si B senyum dan layan si B ni dengan sangat baik macam kawan yang dah kenal rapat sangat. Saya seronok tengok persahabatan yang begitu akrab tapi malangnya apabila si B berlalu pergi terus si A mengatakan sesuatu yang buruk mengenai si B. Apabila ditegur, si A akan memberi alasan yang dia hanya memelihara persahabatannya dengan si B oleh sebab itu dia tak menyebut keburukan si B dihadapan si B sendiri. Adakah itu satu perkara yang wajar dilakukan sebagai seorang Muslim? Apa yang saya tulis hari ni hanyalah sebagai satu perkongsian. Apabila melihat keadaan tersebut, saya berasa amat sedih dan keliru. Perlukah kita menjadi hipokrit atas alasan ingin menjaga hati dan perasaan sahabat kita? Walaupun si B mempunyai kelemahan, si A perlulah menegur si B dengan cara yang berhikmah dan berhemah. Ini bukan sahaja dapat memelihara kita dari menjadi hipokrit malah memelihara persahabatan tersebut. Saya berharap kita dapat sama2 memelihara diri kita dari perkara tersebut.

Thursday, October 28, 2010

Setelah Sekian Lama

Salam,
Feel weird.huh.It's been too long. I just don't know what to write. Currently, I am still studying in IIUM Kuantan Campus in Biomedical Science. InsyaAllah in 4 years time I'll get my degree. Hope things go well here. My final exam is just around the corner. Ermm..because I am in Kuantan, I cannot attend my cousin's wedding.ermm..isk2..really hope I can go. I wanna wish him Selamat Pengantin Baru..hehe..terlambat pun takpa asal ucap gak kan?hehe..nak balik rumah..On 8th Nov,I'll have my final exam for Principles of Management..huhu..really can't get along with this subject..However, I'll try my best..At first, I wonder why we, Science students need to take this subject.huhu. Last week, me and my friends did our presentation. We were so nervous. I think I am the most nervous among us as I was assigned to be the group leader for our presentation. Alhamdulillah, we did quite well but there is still room for improvement. Kenala amik iktibar dari presentation ni. Semoga dapat perbaiki presentation akan datang. Dekat ngan exam ni banyak la pulak assignment. Pepun kenala siapkan.hehe.nk buat apa lagi? Tak kan nak buat tak tau kot. Hari ni pergi outing, beli tiket nak balik rumah..ahhh..tak sabaq nak balik umah..haha..pas ni cuti nak buat apa ye??hehe..berangan ja lebih..exam pun tak abih lagi dah berangan nak cuti.Tolong ye berpijak di bumi yang nyata balik.hehehe. Kalau perasan tajuk post ni cam takda kena mengena ja. Nak buat macam mana?dah tak tau nak letak apa dah. Tu je la kot setakat ni, dah tak tau nak tulis apa dah..Bila pulak nak sambung tulis lagi pun tak tahu la..hehe. InsyaAllah panjang umur, ada idea,ada kerajinan tulis lagi.

Saturday, September 18, 2010

Raya Gathering Batch SPM 08

Salam, it has been a long time since i post something in my blog..sorry for that..it's not like everyone read my blog anyway..hehe..
Last two weeks, I had my Raya holiday in Alor Setar. I spent that two weeks organizing an event for our batch. It was held on 16th September. Alhamdulillah everything went well. Thanks to my friends who helped me all the way from the beginning till the end of event. At first, I was doubting whether I am able to make this event into reality. However, as my friends and family gave their full support and commitment towards this event, I feel much stronger and excited to go on with the plan. This is my first time starting to organize something. Alhamdulillah I gained a lot of help from my fellow friends. Really hope we can see each other again.

Monday, August 23, 2010

Thursday, August 12, 2010

Just Something From Me

Salam
It has been a looooooong period since my last post. Isn't it?.hehe. Well, I don't know what to write actually. It's always because of that particular reason. A few days ago, I had my first Mandarin class.haha. Don't know why. I am kind of interested when Sciencess provide this opportunity. My Mandarin teacher is Zhang laoshi. He is such a nice person.
       Living here in Kuantan is just nice. However, it does have it's not-so-good part which is you have less chance to go for outing compared to our happy time in PJ. It's not because of curfew or IIUM's rules and regulation. It's just that it is harder to go out to the town if you don't have your own transport.We also don't have any bookstore in the campus area. Therefore, it is important for us to have an organisation in our class such as the batch leader, head bureaus, secretary, treasurer and so forth. The head committee for education bureau is responsible to order reference books for the class members.
      Today is the second day of Ramadhan. Ramadahanul Karim. May Allah bless us during this Holy month so that we can perform our ibadah well and also able to increase our good deeds. It's already Ramadhan. Time is really fast. It has been a month since I was here for the first time.
      Today, I am supposed to have my Biochem quiz. So, yesterday me and my roommate were struggling to finish our revision.huhu.We were so afraid because our seniors said that the lecturer is quite strict and always gives unexpected questions.huhu. Before we start our quiz today, our lecturer said that we might be angry with him because he is giving us a good and bad surprise.huhu. We were so nervous. Suddenly, he revealed the question. It is only one question and we were required to answer that question in ten minutes. We never expect that we will get that kind of question for our Biochem quiz.
      Don't you want to know what is the question? The question is like this.
"ALLAH EXISTS EVERYWHERE"
Based on the statement above, write an essay based on your knowledge in Biocemistry.

      We were so shocked. I was quite panic because I never expect that we will get this kind of question for the quiz.huhu. Some of us were happy and some of us were upset because of the suprise.huhu. For me, it is  agood way to make sure that the students are prepared earlier for the examination. Besides, it also taught us that in whatever field we were studying, we can relate Allah to everything because He is the Ultimate Creator and Sustainer.